AirAsia Resmikan Penerbangan ke Pontianak dari Malaysia, Harga Tiket Promo Mulai Rp400 Ribuan

AirAsia Resmikan Penerbangan ke Pontianak dari Malaysia, Harga Tiket Promo Mulai Rp400 Ribuan
AirAsia Resmikan Penerbangan ke Pontianak dari Malaysia, Harga Tiket Promo Mulai Rp400 Ribuan. Foto/istimewa.

KALBAR SATU ID – AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) terus memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan dengan rangkaian terluas antara Malaysia dan Indonesia menerusi pelancaran dua laluan baharu dari Kuala Lumpur dan Kuching ke Pontianak bermula 12 September 2025.

Pelancaran dua laluan ini menjadikan AirAsia satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan antarabangsa ke ibu negeri Kalimantan Barat, Indonesia.

Bacaan Lainnya

Penambahan ini seiring dengan perkembangan AirAsia di Indonesia termasuk penerbangan pertama dari Kuala Lumpur ke Palembang baru-baru ini serta dari Kuala Lumpur ke Semarang pada bulan September.

Dengan pelancaran dua laluan ke Pontianak, rangkaian AirAsia merangkumi 17 destinasi ke Indonesia dengan 223 penerbangan mingguan antara kedua-dua negara. Ini sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan dengan rangkaian terluas ke Indonesia.

Pelancaran dua laluan baharu ini bukan sahaja meningkatkan rangkaian serantau, malah menyokong sasaran pelancongan kedua-dua negara di mana sasaran Malaysia untuk menerima 4.3 juta pelancong dari Indonesia menjelang akhir tahun ini dan sasaran Sarawak untuk menarik lima juta pelancong sebelum akhir tahun.

Usaha ini juga menyumbang kepada matlamat Indonesia yang mensasarkan 16 juta pelancong antarabangsa yang mana Malaysia kekal sebagai antara pasaran utama.

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Gabenor Kalimantan Barat, Bapak Drs. Ria Norsan bersempena Sarawak Travel Fair anjuran Sarawak Tourism Board (STB) di Pontianak.

Bapak Drs. Ria Norsan, Gubernur Kalimantan Barat berkata, kami berbesar hati untuk menyokong usaha AirAsia menghubungkan Pontianak dengan Kuala Lumpur dan Kuching.

“Laluan baharu ini memudahkan perjalanan, meningkatkan sektor perdagangan, pelaburan dan juga pelancongan. Kalimantan Barat kini bersedia untuk menerima lebih ramai pelawat dari Malaysia serta menawarkan rakyat Indonesia lebih banyak peluang perniagaan, pelancongan dan perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Azizul Zekri bin Abd Rahim, Konsul Malaysia di Pontianak berkata, laluan terus ini merupakan usaha penting dalam mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia, khususnya di Kalimantan Barat.

“Sehubungan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, pengumuman ini hadir pada masa yang tepat untuk memperkukuh sektor pelancongan, memupuk pertukaran budaya dan hubungan serantau antara kedua-dua negara, memudahkan perjalanan, memacu sektor perniagaan dua hala serta menghubungkan budaya di kedua-dua negara,” ungkapnya.

Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata sebagai syarikat penerbangan tambang rendah dengan rangkaian antarabangsa terbesar ke Indonesia, kami berbangga dapat memperluaskan rangkaian kami ke Pontianak.

“Permintaan tinggi antara Malaysia dan Kalimantan Barat telah mendorong kami untuk menambah laluan ini bagi memudahkan perjalanan untuk tujuan perniagaan, pelancongan dan juga rawatan perubatan dengan tambang berpatutan. Selain itu, pelancaran penerbangan dari hab utama kami di Kuala Lumpur serta dari Kuching menawarkan lebih banyak pilihan sambungan penerbangan dan fleksibiliti kepada para tetamu dari Pontianak, sekaligus menyokong pertumbuhan sektor pelancongan dan pembangunan ekonomi kedua-dua buah negara,” jelasnya

Sharzede Datu Hj Salleh Askor, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board berkata, peningkatan permintaan terutamanya dalam sektor pelancongan yang melibatkan kesihatan di Sarawak menjadikan laluan ini amat penting bagi rakyat Indonesia yang ingin memperolehi rawatan secara berkualiti dengan kos berpatutan.

“Sebelum ini, mereka perlu melalui Jakarta atau Kuala Lumpur yang mengambil masa dan memerlukan kos lebih tinggi. Laluan Kuching–Pontianak ini akan membantu meningkatkan jumlah pelawat, membuka peluang perniagaan baharu dan memperkukuh peranan Sarawak sebagai pintu masuk ke Borneo. Ini memberi keuntungan bagi kedua-dua belah pihak. Rakyat Kalimantan dan Sarawak kini mempunyai sambungan yang lebih mudah dan pilihan yang lebih baik.” katanya

Sempena pelancaran laluan ini, AirAsia menawarkan tambang promosi istimewa untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pontianak serendah RM159 temasuk semua sehala. Penerbangan dari Pontianak ke Kuala Lumpur juga ditawarkan daripada IDR499,000 termasuk semua sehala.

Tempahan kini boleh dibuat bermula hari ini sehingga 3 Ogos 2025, bagi tempoh perjalanan antara 12 September 2025 hingga 28 Mac 2026. Manakala, penerbangan dari Kuching ke Pontianak bermula daripada RM149 termasuk semua sehala dan dari Pontianak ke Kuching bermula daripada IDR467,371 termasuk semua sehala. Semua penerbangan kini boleh ditempah melalui AirAsia MOVE app dan airasia.com.

Sempena pelancaran laluan ini, AirAsia menawarkan tambang promosi istimewa untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pontianak serendah RM159 temasuk semua sehala. Penerbangan dari Pontianak ke Kuala Lumpur juga ditawarkan daripada IDR499,000 termasuk semua sehala. Tempahan kini boleh dibuat bermula hari ini sehingga 3 Ogos 2025, bagi tempoh perjalanan antara 12 September 2025 hingga 28 Mac 2026.

Manakala, penerbangan dari Kuching ke Pontianak bermula daripada RM149 termasuk semua sehala dan dari Pontianak ke Kuching bermula daripada IDR467,371 termasuk semua sehala. Semua penerbangan kini boleh ditempah melalui AirAsia MOVE app dan airasia.com.

Ikuti GOOGLE NEWS atau Join Channel TELEGRAM

Pos terkait

Tinggalkan Balasan